Layan Gosip
Minggu ni minggu yang agak memenatkan sebenarnya bagi aku. Jumaat ni sepupu aku nikah n sabtunya pulak majlis kenduri kahwin di rumah makcik aku. Aku macam biasa la memang sangat suka lepak dengan sepupu2 aku.. kalau da ramai2 mesti la bergosip je kami.
Anak2 buah aku pulak kalau da nampak muka aku ni mesti semua akan berebut amik ipad aku nak main game. Tapi aku selalunya tak kisah sangat asalkan diorang tak bergaduh.. ok la tu. Malam ni takde buat kerja sangat, mungkin sebab hari isnin kot masing2 letih sebab bekerja. Lagipun semalam kitorang da alihkan perabut kat hall umah makcik aku ke rumah pak usu kat sebelah.
Cuma tadi pakcik aku ada datang.. ziarah n bergurau senda dulu ngan kitorang sebab masa majlis nanti dia kena kerja. Kitorang ni plak kalau da ramai2 memang bergurau brutal skit.. Orang kalau xbiasa memang macam pelik kot tengok kitorang.. Pakcik aku siap bagitau lepas ni dia plak yang nak kawen n makcik aku laju je nyaut kate dia nak jadi tukang kipas.
Gile betol!.. tapi mesra yang macam ni la yang buat bonding sesama kitorang ni kuat. Tapi kalau da bergosip time hari kerja ni.. bahananya memang rabak la mata aku ni esok.. ni pun da dekat 1 pagi n kami masih lagi duduk kat beranda bergurau senda.
Comments
Post a Comment