Jatuh Cinta Lagi?
Salahkah aku bila tanpa sengaja menyukai orang lain? aku tak harap rasa ni hadir dan aku sama sekali tak minta untuk jatuh cinta. Tapi senyuman dan ketawa dia buat aku jadi lupa pada yang sedia ada disisi. Sakitnya hati menidakkan rasa. Sedihnya hati untuk terima hakikat aku dan dia tak mungkin bersama. Pedihnya hati untuk mengakui aku yang salah kerana benarkan rasa itu hadir antara kami.
Bumi Taiping jadi saksi aku tersiksa rasa. Airmata iringi perjalanan di dinihari kembali kepada pemilik hati. Pelukan hangat dan erat yang diberikan buat aku tambah tak keruan. Adakah aku seorang yang rasakan atau dia juga begitu walau hakikat kami sama-sama tahu kami tak mungkin bersatu. Aku gagahkan diri untuk tidak kecup dahinya supaya tak undang sedih dihati kami berdua. Tapi aku hadiahkan juga kecupan ringkas dipipinya.
Rangkulan dipinggang payah nak aku lepaskan..apakan daya cinta ini tak mungkin jadi nyata. Biarlah aku cintai dia dalam diam. Cinta ini tak mungkin aku ucapkan. Biarlah kita berdua sama tahu rasa bahagia yang sekejap ini kekal terpahat dalam kenangan. Aku doakan kebahagiaan dirimu, moga kau tau birpun kita tidak bersatu..aku tetap ada disini buat dirimu.
Kenapa tiap kali merindui, air mataku jadi murah sekali nilainya?

Comments
Post a Comment