Posts

Layan Gosip

Minggu ni minggu yang agak memenatkan sebenarnya bagi aku. Jumaat ni sepupu aku nikah n sabtunya pulak majlis kenduri kahwin di rumah makcik aku. Aku macam biasa la memang sangat suka lepak dengan sepupu2 aku.. kalau da ramai2 mesti la bergosip je kami. Anak2 buah aku pulak kalau da nampak muka aku ni mesti semua akan berebut amik ipad aku nak main game. Tapi aku selalunya tak kisah sangat asalkan diorang tak bergaduh.. ok la tu. Malam ni takde buat kerja sangat, mungkin sebab hari isnin kot masing2 letih sebab bekerja. Lagipun semalam kitorang da alihkan perabut kat hall umah makcik aku ke rumah pak usu kat sebelah.  Cuma tadi pakcik aku ada datang.. ziarah n bergurau senda dulu ngan kitorang sebab masa majlis nanti dia kena kerja. Kitorang ni plak kalau da ramai2 memang bergurau brutal skit.. Orang kalau xbiasa memang macam pelik kot tengok kitorang.. Pakcik aku siap bagitau lepas ni dia plak yang nak kawen n makcik aku laju je nyaut kate dia nak jadi tukang kipas. Gi...

Tepi sikit boleh tak?

Letih betol rasanya tengok orang yang jenis tak reti bahasa, selfish dan bodoh sombong ni. Jenis spesis yang bila masuk dalam lif dia taknak ketepi bagi orang masuk atau bagi orang keluar. Satu lagi yang jenis suka duduk kat butang lif tu sambil buat bodoh. Hello.. lif tu kau punya sorang je ke?  iye.. aku tau kau nak naik nak turun.. tapi kalau kau turun kat B7 n orang lain plak nak turun ke B1.. patutnya kau berdiri kat belakang sekali.. atau kalau lif tu memang da sedia ramai.. kau boleh la step out sekejap bagi orang keluar then masuk la balik.. Ni tidak.. kau tercegat je pulak depan pintu tu.. dah bila orang nak keluar dari lif tu kan payah.. Aku cukup menyampah betul kalau jumpa orang yang macam ni..  N lagi bila ada ruang kat belakang kau tapi kau tak nak undur skit bagi orang masuk.. Adoi la.. tolong jangan berperangai cenggitu boleh tak? Harta public tu.. share la sama2..

Saya Gay Saya Ok!

Tajuk kemain kan...?! Seksualiti seseorang tu memang hak individu tapi kenala tau sensitiviti masyarakat setempat.. betul tak?.. Aku gay n aku ok jer.. tapi kawan2 aku ok ke? family aku ok ke? harus kena cerca la kan.. kalau aku dengan lantangnya mengakui statement tu. Sape2 yg close gila ngan aku akan tau aku org yang macam mana.. aku memang open tapi keterbukaan aku tak bermaksud aku tak sensitif kalau org mengata aku.. Tapi aku memang suka berterus terang.. tak puas hati kau boleh cakap depan2.. jangan sindir2.. Jangan kata aku itu ini bila kau sendiri pun xbetul.. Aku tak kisah kalau kau tegur n cakap terus terang n dalam masa yang sama kau tunjuk kebaikan dari apa yang kau cakap n buat. Jangan kata tidak tapi dalam diam2.. kau flirt dengan orang lain yang berlainan jantina sedang hakikatnya kau tu berstatus isteri orang. At least partner aku.. aku tau bukan hak orang.. Aku memang tak mau terus begini sampai akhir hayat aku.. tapi nak melawan godaan setan tu aku belum cukup k...