Posts

Teringat Ertinya Rindu?

Aku selalu teringat M walaupun dia dah pernah tegaskan untuk tidak ada apa-apa ikatan perasaan dengan aku. Tapi bila dia jauh dari aku macam sekarang ni aku selalu jenguk sosial media dia dan like dan kadang-kadang aku komen status dia. Ada waktunya dia balas ape komen aku aku dan acapkali juga dia tak balas apa-apa. Aku tak berharap untuk jalinkan hubungan terlarang dengan dia, tapi aku nak dia macam dulu yang akan text aku dan kadang-kadang call sekadar bertanya khabar. Adakah aku terlalu berharap atau entahlah.. mungkin aku banyak silap kot dengan dia dan hilangnya aku dalam hidup dia tak memberi apa kesan pun pada dia. bak kata orang ada tak menambah dan hilang pun tak berkurang.

Jatuh Cinta Lagi?

Salahkah aku bila tanpa sengaja menyukai orang lain? aku tak harap rasa ni hadir dan aku sama sekali tak minta untuk jatuh cinta. Tapi senyuman dan ketawa dia buat aku jadi lupa pada yang sedia ada disisi. Sakitnya hati menidakkan rasa. Sedihnya hati untuk terima hakikat aku dan dia tak mungkin bersama. Pedihnya hati untuk mengakui aku yang salah kerana benarkan rasa itu hadir antara kami. Bumi Taiping jadi saksi aku tersiksa rasa. Airmata iringi perjalanan di dinihari kembali kepada pemilik hati. Pelukan hangat dan erat yang diberikan buat aku tambah tak keruan. Adakah aku seorang yang rasakan atau dia juga begitu walau hakikat kami sama-sama tahu kami tak mungkin bersatu. Aku gagahkan diri untuk tidak kecup dahinya supaya tak undang sedih dihati kami berdua. Tapi aku hadiahkan juga kecupan ringkas dipipinya. Rangkulan dipinggang payah nak aku lepaskan..apakan daya cinta ini tak mungkin jadi nyata. Biarlah aku cintai dia dalam diam. Cinta ini tak mungkin aku ucapkan. Biarlah kita

Penat Yang Amat

Dua minggu lepas aku terlibat dengan satu event di Selatan Semenanjung. Sepanjang terlibat dengan event..event kali ni persiapannya sangat jahanam.. kenapa aku kata jahanam? sebab pagi sebelum pergi 2 orang pekerja international yang sepatutnya siapkan backdrop kitorang belah begitu sahaja. Nasib baik adik aku kahwin dengan seorang tukang rambut yang juga pakar pertukangan kayu. Bro in law aku pun contact kawan2 dia untuk sama2 gerak ke Selatan dari KL. Sampai sana dalam pukul 1 pagi dorang kerjakan backdrop tu dulu.. cat stor dan macam2 lagi la. Tapi nak dijadikan cerita, budak karpet pulak macam cipan, pukul 4 pagi karpet dia tak pasang lagi.. adoila terpaksa la kitorang tungkus lumus ramai2 pasang karpet pula. Pastu pacak booth dan stage. Backdrop pasang esok, nasib baik ada 2 malam untuk selesaikan pemasangan. Esoknya call budak DJ sebab dia otw nak datang, minta tolong dia untuk singgah amik banner sebab da dekat sangat ngan dia.. kitorang da WhatsApp, da share nama kedai da

Cinta Mencintai

Hai.. hari ni hari Rabu n masih pagi lagi.. Aunty cleaner pukul 8.30 pagi da sampai n start buat kerja da.. Nak dijadikan cerita.. Kakak T yang supervise kerja aku ni kira majikan kepada aunty2 tu jugak.. sebab laki dia boss aunty2 tu.. So aunty2 ni semua pepagi berbasa-basi la tegur Kakak T.. Ooops lupa nak kabo.. Kakak T org tempatan berbangsa India n aunty2 tu plak berbangsa Sri Lanka.. so bile aunty tu cakap tamil, kakak T kate la kat kakak S yg aunty tu org Sri Lanka. Kakak T kabo la kat kakak S yang anak aunty tu ada yang muslim.. Kakak S ni melayu la macam aku,, Kakak S ni suda excited.. sebab ada bangsa asing yang convert ke Islam.. Kakak S suro Kakak T tye.."Tanyala dia T, dia ada cucu?" Kakak S pun bertanya "Aci, u anak muslim sana suda ada baby ka?". Aunty jawab "On da way..lagi bulum lahir..sikit hari keluar"  Amacam.. aku translate.. korang paham kan.. So pas 20 minit camtu staf2 lain pun masuk la.. Kakak S pun start la.. uols.. ta

Drama Alih Bahasa

Lately ni fenomena Dubsmash memang agak trend la kan.. tapi aku tak pandai la pulak nak buat video macam gitu.. yang aku pandai adalah bercakap tapi dalam nada alih bahasa.. Ala2 macam drama jepun yang aku tengok masa kecik2 dulu.. Kitorang adik beradik memang selalu gak buat gile macam tu.. and bila tengok tv yang ada subtitle tu pun selalunya kitorang akan baca subtitle n berlakon sekali.. nampak gaya anak buah aku si boboi kecik tu macam sama mereng ngan kitorang.. mau tak.. kaki sakat gak budak tu Lately ni kat opis pun aku da bercakap macam drama alih bahasa tu.. haha penat2 buat kerja memang merangsang otak aku untuk jadi tak betol selalunya..

Layan Gosip

Minggu ni minggu yang agak memenatkan sebenarnya bagi aku. Jumaat ni sepupu aku nikah n sabtunya pulak majlis kenduri kahwin di rumah makcik aku. Aku macam biasa la memang sangat suka lepak dengan sepupu2 aku.. kalau da ramai2 mesti la bergosip je kami. Anak2 buah aku pulak kalau da nampak muka aku ni mesti semua akan berebut amik ipad aku nak main game. Tapi aku selalunya tak kisah sangat asalkan diorang tak bergaduh.. ok la tu. Malam ni takde buat kerja sangat, mungkin sebab hari isnin kot masing2 letih sebab bekerja. Lagipun semalam kitorang da alihkan perabut kat hall umah makcik aku ke rumah pak usu kat sebelah.  Cuma tadi pakcik aku ada datang.. ziarah n bergurau senda dulu ngan kitorang sebab masa majlis nanti dia kena kerja. Kitorang ni plak kalau da ramai2 memang bergurau brutal skit.. Orang kalau xbiasa memang macam pelik kot tengok kitorang.. Pakcik aku siap bagitau lepas ni dia plak yang nak kawen n makcik aku laju je nyaut kate dia nak jadi tukang kipas. Gile b

Tepi sikit boleh tak?

Letih betol rasanya tengok orang yang jenis tak reti bahasa, selfish dan bodoh sombong ni. Jenis spesis yang bila masuk dalam lif dia taknak ketepi bagi orang masuk atau bagi orang keluar. Satu lagi yang jenis suka duduk kat butang lif tu sambil buat bodoh. Hello.. lif tu kau punya sorang je ke?  iye.. aku tau kau nak naik nak turun.. tapi kalau kau turun kat B7 n orang lain plak nak turun ke B1.. patutnya kau berdiri kat belakang sekali.. atau kalau lif tu memang da sedia ramai.. kau boleh la step out sekejap bagi orang keluar then masuk la balik.. Ni tidak.. kau tercegat je pulak depan pintu tu.. dah bila orang nak keluar dari lif tu kan payah.. Aku cukup menyampah betul kalau jumpa orang yang macam ni..  N lagi bila ada ruang kat belakang kau tapi kau tak nak undur skit bagi orang masuk.. Adoi la.. tolong jangan berperangai cenggitu boleh tak? Harta public tu.. share la sama2..